Sunday, December 30, 2012




program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 

Seramai 109 orang pelajar terpilih menjadi peserta program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Peringkat  Negeri Perak 2012 anjuran pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) pada 11-13 Oktober 2012, selama 3 hari 2 malam bertempat di Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor. Program RIMUP ini dibantu sepenuhnya oleh barisan Jurulatih Utama (JU) RIMUP setiap daerah . Program ini berteraskan matlamat untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan konsep integrasi dan perpaduan dalam kehidupan seharian seiring dengan gagasan 1Malaysia. Sehubungan dengan itu, pemilihan peserta adalah dari berbilang bangsa dan agama dan kepelbagaian aktiviti telah digarapkan sepanjang program berlangsung. Turut hadir semasa pendaftaran ialah Encik Zulkifli b Din selaku Ketua Unit Kokurikulum JPN Perak dan Encik Nor Haslan b Nor Zaman, selaku Penolong Pengarah    Kokurikulum JPN Perak.









No comments:

Post a Comment